Saturday, November 6, 2010

Anda Wanita Yang Mana

Hello...welcome to the show...hehehe...starting tuh lirik lagu dari Lagwagon yer...
tajuk dia falling apart kalu x silap aku..tp tuk kali ni aku bukan nak bercakap pasal review lagu ke apa..
nak share sket info tuk korang2 smua ni..banyak dah blog yang aku tgk..ada menceritakan pasal
4 unsur-unsur wanita..aku tatau la ni betol ke tak..dah lama aku x paham benda ni..tp selagi dia info..adalah harus di kongsi tuk semua..terutama kaum2 wanita..( tuk laki xder ker?) jawapan aku..ENTAH LA BROO!!

Unsur- Unsur Wanita ada 4 iaitu:

TANAH

AIR

API

ANGIN

+++++++++++++++++++++

Korang baca la dulu k..aku nak gi buat air...



Rahsia Wanita Berdasarkan 4 unsur

Rahsia wanita 
tanah, air, api, dan angin . Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh

iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah -Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air - Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api - Api sifatnya panas dan membakar tetapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Penasihat yang baik kepada suami. Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami. Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin - Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. Pandai bermain kata dan memujuk rayu. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.

+++++++++++++++++++++++++++

 Dah abes baca??korang yang mana satu?kene ke dgn kehidupan korang sebagai mana
yang unsur-unsur tuh cakap?Hanya korang je yang tahu.. :P

KP: xder tuk lelaki ker??ermmmm T_T

Salam
AhFai
KaleyPecet


7 comments:

Sab Buenoo said...

aku..?? dari tanah aku dijadikan~ ^^

me said...

saya tanah? muahahaha

Tukang Tulis said...

Sab : hahahaha...abes unsur ko tanah ke??hahahaha....

Sab Buenoo said...
This comment has been removed by the author.
Sab Buenoo said...

tak laa..aku unsur air~ ^^

Nurul a.k.a Riko said...

Ahkak pulak dari API...waduhhhhh!

Tukang Tulis said...

api garang laa...hahahhaa..

Blogger templates

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...