"Sekadar Gambar Hiasan"
Assalamualaikum...W.B.T
Permulaan yang baik bagus kan??ditambah plak dgn gambar yang menampak kan aku ni seorang yang halus gitu.. :)
++++++++++++++++++++++
Aku dalam hamba Allah S.W.T yang mempunyai kekurangan dan kelebihan sendiri...berasal dari Kelantan Darul Naim dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang ( mak aku cakap la)
Seorang yang malas tp rasa nak blajar tinggi-tinggi..dulu pernah bercita-cta nak jadi seorang Peguam..(yer ker?bukan askar ke?) hahaha..LANTAK...tp kini masih lagi menuntut di Insitut Pengajian Tinggi Swata..umur dah tua pun..xkira laa..janji belajar..
Mendapat Didikan pertama di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) di tendong Pasir Mas Kelantan..
(sekolah tuh memang area-area umah aku jer)
Bermula dari tahun 1 sehingga aku tahun 6 dan menduduki UPSR ( result biasa)
Tingkatan 1 aku berhijrah ke sekolah jiran ( sebelah sekolahrendah aku gak)
Sekolah Menengah Tendong bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 sempat ambil ujian PMR
(pun dapat result biasa) sehingga melayakkan aku tuk menyambung ke-
Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas Sehingga aku dapat menjawab SPM dengan selamba nya
(result pun slamba la)
Zaman muda aku lalui penuh dengan cabaran...seksa gila..arghhh...biasa la ..baru nak tumbuh
bulu-bulu..nakal tuh biasa..kadang-kadang sehingga menyusahkan mak bapak aku..
(im sorry to Mr.Cikgu Dollah n Mrs.NuN)
kerana kenakalan anakmu ini x dapat dibendung.. T_T
After kenakalan aku tuh..aku pun dapat sambung Sijil Teknologi Elektrik di Kolej -
Komuniti Kuala Terenganu ( sijil jer??) ok la kan dari x dapat aper..
tuh pun berkat usaha Family aku.. ( thanks to Puan Zarina )
Setahun aku bertungkus lumus tuk habis kan masa pengajian aku tuh..akhirnya, aku berjaya habis kan pengajian aku ( result aku semua selamba jer..tak yah tanya)
Pengajian aku habis pada tahun awal 2007, lepas pada tuh..aku berkerja la selama setahun lebih..
( aku dah xda mood nak study pikirkan kebodohan diri ku)
Atas Nasihat SESEORANG aku sambung pengajian aku ke peringkat Diploma dalam jurusan Engineering of Metal Fabrication Technology
++++++++++++++++++++++
Sampai Disini dulu cerita pasal diri aku sebab aku baru hidup sampai hari ni..nnt akan di Update kalu
umur aku lagi panjang dari korang
++++++++++++++++++++++